Tuesday, November 25, 2008

Kejayaan Melahirkan anak melalui pemindahan ovari yang pertama


Seorang wanita yang mandol telah melahirkan anak pertama hasil dari proses transplantasi atau pemindahan ovari sepenuhnya. Ketika usianya 15 tahun , beliau telah mengalami kegagalan ovari pra matang hingga menyebabkan beliau tidak mempunyai peluang untuk hamil. Selepas menjalani pemindahan ovari yang diperolehi dari pasangan kembarnya, ovari yang telah dipindahkan tersebut boleh berfungsi dan beliau berjaya menjalani rawatan kemandulan sehingga hamil dan melahirkan anak. Ini merupakan satu pencapaian yang menakjubkan kerana beratus ribu wanita mandul yang mempunyai masalah yang sama termasuk mereka2 yang menjalani rawatan kemoterapi dan rawatan radioterapi untuk penyakit kanser akan mempunya peluang yang lebih cerah untuk mendapat zuriat.

No comments: