Saturday, October 4, 2008

Kejayaan Awal Pengklonan Manusia ?

Pada masa dahulu, proses pengklonan manusia dianggap sesuatu yang hampir mustahil disebabkan oleh ciri-ciri yang ada pada sel-sel manusia. Salah satu ciri sel manusia yang berlainan jika dibandingkan dengan sel haiwan dan tumbuhan adalah sel-sel ini tidak mampu untuk membahagi jika nukleus dikeluarkan darinya (Nukleus adalah bahagian sel yang terletak di tengah dan mengandungi bahan baka ataupun DNA). Dr. Woo telah mengambil telur ataupun ovum dari beberapa orang wanita dan mengeluarkan nukleus dari telur tersebut. Nukleus dari sel badan yang lain di ambil dari wanita berkenaan dan dimasukkan ke dalam sel telur yang dikosongkan tadi. Nukleus sel badan yang diambil tadi adalah lebih lengkap jika dibandingkan dengan nukleus sel telur yang telah dikeluarkan (nukleus sel telur mempunyai hanya separuh daripada kuantiti bahan genetik(DNA). Beliau mendapati, sel-sel telur yang kosong tadi boleh membiak jika ianya diambil pada peringkat kematangan yang lebih awal. Sesuatu yang menarik di sini adalah sel badan yang digunakan adalah sel yang membentuk selaput luar sel telur. Melalui proses yang kompleks sel telur yang baru diproses ini akan menjalani proses pembahagian sel sehingga mencapai peringkat embrio yang dinamakan Blastosis. Blastosis mempunyai 100 sel dan dibahagi kepada sel-sel luar dan sel-sel dalam. Sel-Sel dalam inilah yang boleh digunakan untuk tujuan rawatan dan perubatan kerana setiap sel-sel ini yang dikenali sebagai sel stem boleh dibiak dan membahagi menjadi sel2 serta tisu2 yang khusus seperti kulit, saraf, sel darah dan lain-lain. Sel-sel ini tentu sekali boleh digunakan untuk tujuan rawatan dan pemindahan sel/organ.






Berbeza dari proses penklonan yang selalu diwar-warkan dan mendapat banyak tentangan dari ahli sosial, masyarakat dan agama, idea yang dibawa oleh Ahli Sains Korea ini adalah sedikit berbeza kerana ianya tidak melibatkan penggunaan sel-sel embrio lebihan dari proses rawatan bayi tabung uji atau IVF (invitro fertilization). Pencapaian ahli2 sains ini walau bagaimanapun telah dipertikaikan kesahihannya apabila ada yang mendakwa bahawa berlaku pemalsuan fakta di dalam lapuran kajian yang dibuat oleh Ahli Sains Korea tersebut. Penyiasatan terperinci telah dibuat oleh sekumpulan Pakar dan mendapati memang berlaku pemalsuan fakta. Akibatnya Dr. Woo telah dipecat dan tidak dibenarkan untuk membuat sebarang kajian mengenai pengklonan di masa hadapan. Walaupun peristiwa malang ini telah menjejaskan reputasi Korea Selatan tetapi idea yang dibawa oleh Dr. Woo itu boleh dijadikan inspirasi oleh Saintis2 lain untuk berjaya melakukan pengklonan pada masa hadapan. Bagi Dr. Woo pula, ini adalah satu pengajaran kepada beliau, walaupun beliau memang terkenal dengan penyelidikan pengklonan ini tetapi bak kata pepatah sebab nila setitik, habis rosak susu sebelangga.
Tonton klip videop di bawah mengenai proses persenyawaan manusia

Friday, October 3, 2008

Manusia sudah mampu terbang


Juruterbang Swiss Airline bernama Yves Rossy menjadi manusia pertama menyeberangi Selat English dengan menggunakan sayap berinjin jet buatan sendiri yang diikat pada bahagian belakang . Sejarah ini tercipta pada 26hb September 2008. Beliau terjun dari kapalterbang
dari paras 8,800 kaki dan menghidupkan sayap berjetnya untuk terbang secara solo selama 10 minit menyeberangi Selat English sejauh 22 batu (35 km). Apabila sampai ke destinasi beliau mematikan enjin jet pada sayap dan turun dengan menggunakan payung terjun. Mungkinkah satu hari nanti kita akan dapat melihat manusia boleh terbang dengan erti kata sebenarnya? Masa akan menentukan. Semuanya adalah kebijaksanaan manusia anugerah Allah swt. Berita AFP.